Akhbar kapitalis Wall Street Journal (WSJ) sudah cukup banyak menulis cerita bohong mengenai Malaysia terutamanya berkaitan kes 1MDB.

Entah apa agendanya, akhbar tersebut tidak sudah-sudah mereka cerita walaupun didedahkan berkali-kali pembohongannya.

Untuk rekod, WSJ merupakan akhbar yang melakukan pembohongan besar-besaran bagi menghalalkan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq termasuk mereka bukti palsu berkaitan senjata pemusnah yang kononnya dimiliki oleh Saddam Hussein.

Di Malaysia, ingat kes duit RM2.6 bilion, kalau kita percaya pada WSJ, kita akan ingat duit itu duit 1MDB, sehinggalah Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan wang itu sumbangan negara tersebut.

Banyak lagi pembohongan WSJ termasuk yang terbaru berkaitan perlantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Pada 21 April WSJ dakwa kerajaan dan pilih Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah jadi Gabenor.

Selepas ramalam jauh menyimpang, WSJ kata kerajaan buat ‘pusingan U’.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh Istana Negara yang berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memperkenankan hanya satu nama bagi jawatan Gabenor BNM.

“Dimaklumkan, tidak ada nama lain selain daripada penama tersebut telah diangkat untuk diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda.

“Bagi maksud yang dinyatakan, Seri Paduka Baginda telah berkenan menandatangani pelantikan tersebut pada Selasa, 26 April 2016,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wira Awang Kecik Abdul Rahman dalam kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan yang menyatakan berlakunya ‘pusingan U’ dalam urusan pelantikan jawatan itu adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan dari Istana Negara menyangkal laporan media asing mengenai berlakunya ‘pusingan U’ dalam pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baru BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz, 68, yang akan bersara pada Sabtu ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Muhammad itu adalah untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Najib berkata pelantikan Muhammad mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Muhammad menyandang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 dan beliau merupakan pemegang Sarjana dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Muhammad ketika ditemui berkata, beliau komited untuk mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan ekonomi negara.

“Pelantikan ini memberi peluang buat saya untuk menyumbang dengan lebih banyak kepada negara,“ ujar beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas keyakinan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010 akan memegang jawatan Gabenor BNM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei ini.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Ketika ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Profesional Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF), Pengarah Agensi Akreditasi Kewangan, Pengarah Bebas Petronas dan ahli lembaga Kumpulan Wang Persaraan