عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya:

Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Abdullah ‘Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. ( Hadis riwayat Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no. 4589 dan Abu Daud no. 4608)

HADITH 5

It is narrated on the authority of the Mother of the Believers, Umm ‘Abdullah ‘Aishah, radiyallahu ‘anha, that the Messenger of Allah, sallallahu ‘alayhi wasallam, said:

“Whosoever introduces into this affair of ours (i.e. into Islam) something that does not belong to it, it is to be rejected.”

[Al-Bukhari & Muslim]

According to the version in Muslim, (it reads): “Whosoever works a work which has for it no command of ours is to be rejected.”

Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :

  1. a) Dalam Ibadat :

(Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.) (dedah kepala – ihram/ berdiri-azan)

Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) – tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya

Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empat empat)

Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat

b.i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ : Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).

  1. ii)  ‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).

iii)  ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak.(nikah anak perempuan tanpa izinnya).

Pengajaran hadis:

– lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.

– Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid’ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.

– Yang dimaksudkan dengan bid’ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.

– Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid’ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.

– Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.

 Terus sahaja kepada hukum hakam di dalam Bida’ah. Secara terperincinya hukum bida’ah adalah terbahagi kepada Hukum 5 iaitu Haram, Makhruh, Harus, Sunat dan Wajib. Dalam sebuah Riwayat Imam Nawawi, kata Sheikh Izzudin Abi Salam :
“Bida’ah itu atas lima bahagi. Bida’ah yang awal adalah bida’ah wajib, kemudian bida’ah sunat, bida’ah harus, bida’ah yang makhruh dan bida’ah yang haram”
1. Bida’ah Wajib
  • Bida’ah boleh menjadi wajib apabila keperluan dan kepentingannya kepada agama adalah amat penting. Sekiranya ia tidak di buat, maka Islam akan sukar difahami dan disebar dakwahnya. Bilamana tidak wujudnya bida’ah yang sebegini, maka umat Islam akan terus berada dalam keadaan gelap dan dangkal.
  • Antara contoh Bida’ah yang boleh menjadi wajib adalah Mentafsir Al-Quran, Belajar Ilmu Tafsir Al-Quran, Belajar Ilmu Syarah Hadis dan sebagainya. Mentafsir Al-Quran adalah amat diperlukan kerana sekiranya tidak ada tafsir ini, maka Al-Quran sukar difahami. Kita telah sedia maklum bahawa Al-Quran merupakan sumber utama dalam rujukan Islam. Justeru, bagaimana mungkin kita dapat mengamalkan Islam yang syumul tanpa memahaminya dengan sedalam-dalam dan sebaik-nya. Contoh lain juga adalah Belajar Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab boleh menjadi wajib hukumnya bilamana seseorang ingin mempelajari dan memahami Al-Quran secara mendalam. Maklum sahaja Al-Quran diwahyukan dalam bahasa Arab. Lebih lagi mereka yang ingin mengajar dan membuat tafsiran Al-Quran kepada umum. Mereka hendaklah memahami Al-Quran dengan sebaik-baik fahaman supaya apa yang bakal disampaikan tidak lari dari makna dan sifat Al-Quran yang sebenar. Bahasa Arab yang dipelajari pula boleh meliputi sudut Lughahnya, Ilmu Sorah, Ilmu Tasrih dan sebagainya kerana Bahasa Al-Quran adalah amat tinggi tahapannya.
 2. Bida’ah Sunat
  •  Merupakan bida’ah yang baik dan diperlukan. Ia boleh mebantu dalam meningkatkan mutu Islam di damping meningkatkan kualiti penyebaran dakwahnya.
  • Sebagai contoh, pembinaan madrasah adalah satu bentuk Bida’ah yang sunat. Di zaman Rasulullah, tidak ada pembinaan madrasah sebagaimana sekarang. Di zaman Rasulullah, pembelajaran secara formal hanya terbentuk apabila Rasulullah mengumpulkan sahabat-sahabatnya untuk menyampaikan dan menceritakan wahyu yang diterimanya. Meskipun ianya merupakan satu bentuk bida’ah, namun ianya adalah sunat ditubuhkan kerana melaluinya ilmu dapat disampaikan secara lebih efektif dan berkesan. Secara tidak langsung, ilmu Islam akan dapat disebar luas.
3. Bida’ah Yang Harus
  •  Bida’ah yang harus ini juga merupakan satu bentuk bida’ah yang tidak dilarang dalam agama kerana ianya memberi kebaikan kepada agama. Dengan adanya bida’ah ini, urusan agama tidak terjejas bahkan akan menjadi lebih baik.
  • Sebagai contoh, bersalaman selepas. di zaman Rasulullah, amalan bersalaman selepas solat fardu adalah tidak disunnahkan. Namun, ianya tetap diamalkan kini . Hal ini adalah tidak dilarang di dalam agama kerana amalan bersalaman selepas solat ini akan mampu membina hubungan dan mengikat serta mengeratkan ukhuwah di kalangan umat Islam.
  • Contoh lain yang boleh dilihat adalah memakan makanan yang lazat. Tidak dinafikan bahawa di zaman Rasulullah dahulu terdapat juga makanan yang lazat. Namun Rasulullah tidak merasai semua itu. Baginda hidup dalam keadaan yang cukup sederhana kerana mengabdikan diri kepada Allah SWT. Namun, ia tidak dilarang memandangkan memakan makanan yang lazat serta berkhasiat ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan fizikal yang baik yang mana dapat meningkatkan kesihatan dari sudut fizikal dan mental. Dengan adanya tubuh badan dan minda yang sihat ini, manusia akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadah mereka pada Allah SWT.
  • Seterusnya adalah makan di meja makan. Amalan ini juga merupakan satu bentuk bida’ah memandangkan ianya tidak diamalkan di zaman Rasulullah. Meskipun begitu, ia tidak dilarang kerana makan di meja makan ini merupakan satu bentuk kesopanan yang boleh terus dipelihara. Apa yang membuktikan Rasulullah tidak makan di meja makan adalah melalui satu hadis yang bermaksud “Aku Nabi yang bukan raja tetapi hamba yang makan di atas tanah”.
  • Contoh-contoh lain adalah dengan memakai pakaian yang baik, mendiami kediaman yang baik dan lain-lain lagi.
4. Bida’ah Yang Makhruh
  •  Dida’ah ini merupakan satu bentuk bida’ah yang dicegah dan dilarang dalam agama. Perbuatannya adalah tidak diamalkan Rasulullah selain menampakkan kesan yang tidak baik kepada Islam
  • Antara contoh yang disebut adalah menghiasi masjid dan mushaf. Adalah tidak menjadi suatu kesalahan jika sekiranya kita menghiasi masjid serta kulit luaran dan dalaman mushaf dengan niat supaya ahli jemaah masjid kian bertambah dan umat Islam semakin bertambah rajin membaca Al-Quran. Namun, yang menjadi persoalannya adalah masyarakat kini hanya tahu menghias masjid tetapi tidak tahu cara mengimarahkannya. Jika bilangan makmun adalah setanding dengan hiasan yang dibuat, maka hal itu tidak mengapa namun jika sebaliknya, maka hendaklah dielakkan dan dijauhi kerana sesuatu yang bersifat kepada makhruh ini adalah tidak disukai oleh Allah SWT.
5. Bida’ah Yang Haram
  • Bida’ah ini adalah haram kerana ia boleh menyebabkan masyarakat terpesong akidahnya selain lari dari syariat serta peundangan Islam.
  • Contohnya, pembikinan pemikiran sekularisme yang mengasingkan agama daripada politik merupakan satu bentuk fahaman yang salah dan bertentangan dengan jaran Islam yang sebanar. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Islam kucar kacir dan wujudnya salah faham di kalangan mereka.
  • Bida’ah lain  yang boleh diperhati dan dilihat adalah apabila perundangan dibina dan dibentuk tanpa berasaskan kepada nas-nas dari Al-Quran dan Al-Hadis.
Kesimpulannya, dalam membahaskan masalah bida’ah ini, hendaklah kita kembali sebenar-benarnya kepada Islam. Hendaklah kita membuat rujukan kepada rujukan yang telah ditetapkan di dalam Islam. Rujukan utama adalah Al-Quran, sekiaranya tidak jelas maka rujuklah As-Sunnah dan Al-Hadis, sekiaranya tidak jelas maka rujuklah Ijma’ Ulama’ dan sekiranya tidak jelas maka rujuklah Qias. Moga apa yang dibuat dan dilalui kita dalam kehidupan sehari-hari adalah berlandaskan Al-Quran dan Islam yang syumul. InsyaALLAH.