Dato Hj Zein Ism: “UMNO Selangor Bangkit!”
Persidangan Tahunan UMNO Cawangan
■■■

● Keupayaan dan kewibawaan YAB DS Najib dalam mengemudi kepimpinan negara telah terbukti berjaya. Pelbagai langkah penambahbaikan dalam kaedah tadbir urusnya mulai dirasai manfaatnya kepada rakyat. Program tranformasi yang dibawa seperti NKRA, GTP, ETP, KRIM, PRIMA, Klinik 1 M’sia, BRIM, Bantuan awal sekolah, baucer buku dan sebagainya, adalah kaedah baru penyaluran bantuan secara tepat kepada sasaran rakyat. Dahulunya bantuan dan subsidi kerajaan adalah secara menyeluruh, namun tranformasi yang dilakukan oleh DS Najib ternyata lebih adil dan tepat sebagaimana slogan ‘rakyat didahulukan’.
Oleh itu menjadi kewajipan setiap rakyat yang ingin perubahan dalam segenap aspek tadbir urus negara, menyokong dan mendokong kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Biarlah takdir ilahi menentukannya, namun akar umbi parti seia senada memanjat doa agar segala usaha yang dipelopori oleh DS Najib beroleh kejayaan dan mengharapkan semoga hayat kepimpinan DS dipanjangkan.

● Akar umbi sedar dan faham bahawa kesinambungan perjuangan parti lebih utama dari kepentingan diri. Kerana itu segala kudrat akan dikerahkan bagi menyelamatkan bahtera UMNO ini. Akar umbi tidak rela membiarkan bahtera ini karam. Akar umbi tidak suka sekiranya bahtera ini ditebuk dari dalam. Akar umbi tidak terpesona dengan politik fitnah serta dakyah dari pembangkang. Hakikatnya akar umbi tetap setia sebati jasad dan darah untuk mara mendepani segala mehnah. Perjuangan parti adalah perjuangan ummah.

● Musuh nyata lagi utama adalah DAP. Musuh kita adalah sesiapa sahaja yang membenci islam & bangsa kita. Kita pertahankan UMNO & BN kerana kita mempertahankan perlembagaan & kerukunan negara. Kita inginkan kesinambungan dalam dasar2 memajukan negara. Kita menjamin keharmonian negara. Kita menjungjung sistem demokrasi berparlimen & Raja berperlembagaan yang selami ini mensejahterakan negara.

● Untuk itu, UMNO Sgor semua peringkat menjunjung taat setia kepada pucuk kepimpinan di pusat dan juga negeri. Usaha pemantapan organisasi ini tetap digerakkan. Gerak kerja di Bahagian adalah keutamaan tindakan. Daftar pemilih dan pemindahan pengundi mesti dipastikan. Mentranformasikan UMNO dari segenap lapisan.

SELAMAT BERSIDANG.

MARI-MARA!
BANGKIT-SERANG!
BN-BOLEH!
TAWAN-SELANGOR!

Ikhlas,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang