Seringkali kita mendengar kata pujangga menyatakan, Seandainya kita menuding jari ke orang lain, 4 jari yang lain menuding ke arah kita. Banyak yang benar dalam ayat itu, setiap kali kita memarahi orang lain atas kelemahan ataupun kecuaian mereka, dalam situasi yang lain, kita sendiri melakukan kelemahan atau kecuaian tersebut.

Bila kami duduk bersembang mengeteh mengopi seperti biasa bersama beberapa aktivis komponen parti BN negeri dan wakil wakil NGO dan aktivis masyarakat termasuk ahli majlis tertinggi Dato’ Idris Buang perihal pilihanraya negeri, bila perbandingan dibincang, kami sepakat bahawa, Ketua Menteri Lim Guang Eng seharusnya tidak masuk campur dalam politik Sarawak padahal berapa sangat sajalah telah beliau lawati masyarakat-masyarakat disini terutamanya diluar bandar.

Lebih baik Lim Guan Eng tumpukan sahaja kepada isu-isu di Pulau Pinang yang menjadi bualan setiap hari di kedai kopi, di pejabat, dirumah, di kenduri kendara bahkan di bangunan Komtar sekalipun mereka bertanya soalan soalan seperti berikut dan kami di Sarawak pun juga tertanya tanya keluhan anak anak jati Pulau Pinang.

Kami juga sependapat beberapa soalan yang dikemukakan Dato’ Idris Buang PERLU DIJAWAB pemimpin besar DAP di Pulau Pinang, Lim Guang Eng.

1. Benarkah bukit-bukit di Pulau Pinang membotak disebabkan oleh pengurusan bermutu rendah kerajaan DAP?

2. Apakah benar, nasib peniaga-peniaga kecil bumiputera dan bukan bumiputera disekitar Pulau Pinang tidak begitu menyenangkan dan ada yang semakin teruk?

3. Benarkah punca kewangan Pulau Pinang banyak terhasil daripada penjualan tanah kepada syarikat-syarikat asing. Adakah ia telus dan adil untuk masa-depan negeri dan rakyatnya?

4. Diberitakan kerajaan DAP telah menaikkan cukai pintu, cukai premis perniagaan, parking lot, tarif air dan lain-lain tanpa mendengar rintihan rakyat yang terjejas terlebih dahulu?

5. Ada ramai yang mempersoalkan cara tender dan projek di Pulau Pinang dimana integriti keseluruhannya menjadi persoalan. Adakah proses tender itu dari peringkat mengenal pasti projek menepati syarat-syarat piawaian (PQ) yang tulus, penilaian sebut harga dan pengawasannya. Adakah ia benar-benar bebas dari apa jua pencemaran berbentuk kronisme dan lain-lain?

6. Kenapakah tuduhan Zuhdi (PAS) yang mempersoalkan kononnya ada dana dijanjikan kepada DAP berjumlah RM 1.2 billion oleh Israel, sampai sekarang tidak terjawab dan didiamkan sahaja? Kenapakah LGE & DAP tidak membidasnya jika tidak benar? Kenapa tidak disaman jika Sdr Zuhdi berbohong?

7. Begitu juga dengan dakwaan Mohd Razali Abd Rahman (bekas pegawai strategik LGE sendiri) yang menuduh DAP mempunyai niat tersirat yang boleh membahayakan dan mengkucar-kacirkan negara? Mengapa LGE & DAP tidak meminta agar Mohd Razali ditangkap? Mengapa tidak menjawab secara terperinci dengan jawapan yang disokong dengan bukti-bukti?

8. Apakah ahli-ahli Bumiputera dalam DAP hanya untuk mengaburi mata rakyat agar DAP tidak dilabel atau digelar ‘chauvinis’?

9. Apakah benar pada mulanya DAP menolak Fasal 153 Perlembagaan Negara dan sebagainya?

10. Kenapakah mendiang MP Wong Ho Leng dan keluarganya, dikatakan, tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari DAP semasa mendiang Wong sedang bertarung nyawa hingga menemui ajal di Singapura. Nasib Wong tak sepatutnya dibiarkan begitu, padahal, lebih-lebih lagi bila ada yang mengatakan Wong telah turut berusaha untuk mengutip dana politik lebih 10 juta dan ianya di serah kepada DAP pusat.

DAP kena jawab. Jangan tak jawab.

sumber : http://klxpress.com.my