Intipati taklimat penerangan oleh Dato’ Zein Isma

1. Memperhebatkan penerangan kepada akar umbi dalam usaha memerangai perang persepsi oleh Pembangkang seperti berikut :

a. Siri-siri skandal melibatkan pentadbiran kerajaan Negeri seperti DEIG, isu kos penyelenggaraan pintu gerbang Kota Darul Ehsan, Isu elaun guru KAFA, isu denggi dan isu balak RM 42 Juta.

b. Penyalahgunaan dana oleh Kerajaan Negeri seperti penyebaran akhbar Selangor Kini, Billboard DSAI yang bertujuan menghasut rakyat.

c. Menetapkan musuh utama adalah DAP kerana ingin menghapuskan hak bumiputera dan kesaksamaan etnik.

d. Isu hapuskan bumiputera dan kesaksamaan etnik. Aset bumiputera digadaikan kepada pihak luar.

2. Mempertahankan institusi Presiden sebagai tunjang kekuatan parti.

3. Melancarkan ikrar UMNO Selangor bagi menghadapi PRU 14 iaitu Mari – Mara, Bangkit – Serang, UMNO – Boleh, Tawan – Selangor.