KENYATAAN AKHBAR UMNO BAHAGIAN SUBANG

1. UMNO Bahagian Subang dengan ini  melafazkan taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri.

2. UMNO Bahagian Subang juga mengambil ketetapan setia  mendokong dan sentiasa bersedia membantu YAB Dato’ Sri Najib untuk terus mengemudi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

3. UMNO Bahagian Subang melafazkan kekecewaan dan tersinggung yang amat sangat  atas sikap Mantan Perdana Menteri YBhg Tun Dr Mahathir Mohamed, YB Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir serta segelintir pemimpin dan bekas pucuk pimpinan parti UMNO, yang secara terbuka dan terang terangan BERSEKONGKOL dengan pemimpin  parti2 pembangkang hari ini dalam agenda untuk menjatuhkan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia secara TIDAK DEMOKRATIK.

4. UMNO Bahagian Subang mengutuk sekeras2nya segala penglibatan pemimpin dan ahli UMNO yg secara terang terangan bersedia untuk turut serta menanda tangani deklarasi ‘Selamatkan Malaysia’ dan yg telah memberikan persetujuan utk turut serta dalam perhimpunan haram yg dirangka oleh pihak Pembangkang pada 27 Mac ‘SELAMATKAN MALAYSIA’.

5. UMNO Bahagian Subang mencadangkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dan MT UMNO untuk MENGANJURKAN PERHIMPUNAN AMAN atas nama “SOLIDARITI RAKYAT BERSAMA DATO’ SRI NAJIB” pada tarikh yg sama 27 Mac 2016.

6. Mendesak Majlis Tertinggi UMNO mesti mengadakan mesyuarat tergempar dan  mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan dan ahli parti yang telah melanggar etika parti kerana bersekongkol dengan pembangkang bagi tujuan menjatuhkan Presiden parti selaku Perdana Menteri.

7. Mengesyorkan supaya Kerajaan melucutkan segala kemudahan YBhg Tun Dr Mahathir Mohammed selaku;
7.1. Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana
7.2. Penasihat Petronas
7.3. Pengerusi Proton
dan kepada sesiapa sahaja yg diberikan amanah tetapi bersama bersekongkol dgn Pembangkang utk menjatuhkan YAB Dato’ Sri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang amat TIDAK DEMOKRATIK dan BERTAMADUN.

8. Mengesyorkan kepada MT dan Ketua2 UMNO Bahagian seluruh Negara untuk membuat perjumpaan segera sebagai lambang SOLIDARITI UMNO bersama mendokong YAB Dato’ Sri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Sekian.
Ikhlas daripada,
Dato’ Hj Zein Isma Bin Hj Ismail
Ketua UMNO Bahagian Subang