KOTA DAMANSARA : Pembangkang terus rancak menjalankan kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila papan iklan gergasi #BebasAnwar dilihat semakin bercambah di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Walaupun papan iklan gergasi atau billboard #BebasAnwar pertama yang dipasang di Selayang telah diturunkan baru-baru ini, pembangkang tetap meneruskan perjuangan untuk mempertahankan bekas ketua pembangkang itu apabila papan iklan dengan kata-kata ‘Bebas Anwar, Bebas Rakyat’ terus ditegakkan di Kajang, dan terbaharu di kawasan Pandan.

Kehadiran iklan dihadapan Subang Parade memaparkan wajah Anwar Ibrahim ternyata melanggar peraturan undang undang kecil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang apa sahaja iklan yang mengelirukan rakyat.

Memburukkan lagi keadaan ianya menghina Mahkamah apabila menuntut pembebasan Anwar yang telah dijatuhkn hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan diperlukan bagi membolehkan sesuatu iklan dipaparkan dan ini mengundang persoalan terhadap MPSJ. Yang Di Pertua MPSJ, Dato Nor Hisham Ahmad Dahlan perlu menjelaskan kepada rakyat berapa jumlah bayaran yang telah MPSJ kenakan untuk iklan tersebut kerana ianya melibatkan wang rakyat Selangor.

Justeru itu Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Hj Zein Isma membuat laporan polis untuk menyatakan pendirian UMNO Bahagian Subang berkenaan perkara tersebut. Butiran laporan adalah seperti yang dinyatakan ;

IMG-20160222-WA0055

1.Pemasangan Iklan di billboard oleh PKR yang “menghina mahkamah” – Report no :5610/16 Ampang

2. Akhbar Selangor Kini yang berbau politik dan pemaparkan berita yang menjurus kepada menghina Mahkamah”. Report No : 1323/16 Kota Damansara

IMG-20160222-WA0062

Adalah wajar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat perkara ini kerana melibatkan penyalahgunaan kuasa oleh Azmin dan MPSJ juga perlu disiasat kerana meluluskan lesen iklan terbabit. Siapa dalang sebenar dalam memberi kelulusan yang melanggar peraturan dan berapa pula yang masuk ke kantung MPSJ.

Adakah YDP MPSJ turut terlibat dalam meluluskan iklan yang melanggar peraturan atau ada tangan ghaib yang mempunyai kepentingan politik disebaliknya.

Apakah ada arahan tertentu dari pentadbiran kerajaan negeri yang meminta semua PBT meluluskan iklan tersebut? SPRM hanya mahu memandang atau menyiasat perkara ini?