Setelah teruk diasak oleh pelbagai pihak berhubung skandal penjualan tanah negeri kepada pihak luar, akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui ada menjual tanah negeri itu dan ianya sudah dimulakan sejak tahun 2008, tahun dimana mereka membentuk kerajaan secara rasmi di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu lintas dan Tembatan Banjir, Chow Kon Yeow semalam mengakui, kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada menjual tanah milik kerajaan kepada pihak luar seperti China, Singapura dan Amerika Syarikat. Namun ujarnya, penjualan ini hanyalah untuk tujuan pelaburan semata-mata.

images (1)

Malah, katanya, kerajaan negeri juga memberi syarat tertentu kepada syarikat berkenaan dan sekiranya tidak dipatuhi, kerajaan negeri berhak mengambil semula tanah-tanah berkenaan. Seperti biasa, beliau pastinya menunding kepada kerajaan negeri sebelum ini yang diperintah Barisan Nasional sebagai punca mereka menjual tanah-tanah berkenaan.

Isu penjualan tanah untuk pelaburan sememangnya cukup difahami. Benar, Pulau Pinang antara negeri yang maju dan memerlukan pelaburan asing yang banyak. Apa yang dipersoalkan disini, kemana hasil RM 12.5 bilion ini dibelanjakan sedangkan langsung tiada penyata kewangan berkenaan masuk ke kantung kerajaan negeri.

Malah, saban tahun, Lim Guan Eng pastinya akan menjadi “pengemis” meminta peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk memajukan negeri. Paling menghairankan, pengambil alihan tanah dari beberapa kampung yang sudah dilenyapkan sama sekali, langsung tidak melibatkan sebarang bayaran pampasan kepada mangsa.

Ini ditambah lagi dengan dasar kerajaan negeri yang sememangnya enggan membina walau satu unit pun rumah mampu milik atau PPRT di Pulau Pinang. Hampir kesemua tanah-tanah yang dijual ini kini dibangunkan hotel-hotel mewah bertaraf 5 bintang, lot-lot kondominium yang harganya bermula dari RM 300,000 seunit dan deretan lot-lot banglo yang harganya bermula dari RM 700,000.

images (3)

Adakah ini kebajikan yang dijanjikan kepada penduduk yang berpendapatan sederhana dan rendah di Pulau Pinang? Usahkan memiliki rumah sendiri, andai menyewa sekalipun, seluruh gaji mereka hanya diperuntukkan untuk membayar sewa rumah sedangkan kos kehidupan di bandar Georgetown, Bayan Lepas, Balik Pulau dan sekitarnya sememangnya mahal, lebih mahal berbanding Kuala Lumpur.

Benar, kerajaan DAP akhirnya mengakui tanah-tanah mereka dijual kepada pihak luar. Namun andai perkara ini berterusan, tidan mustahil, langkah Lim Guan Eng yang mahu melihat Pulau Pinang menjadi Singapura kedua di Asia bakal terlaksana. Mungkin pada ketika itu, Guan Eng bermegah untuk menuntut Pulau Pinang sebagai hak miliknya hanya berpaksikan pemilikan tanah dari syarikat luar.