CinaDAP_1-670x475

Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao meminta parti DAP hari ini menjawab dakwaan bahawa orang Cina yang berada di bawah parti itu dikatakan sering mempertikaikan kedudukan dan kedaulatan orang-orang Melayu khususnya melalui pemimpin mereka.

Beliau hari ini berkongsi satu gambar grafik perbezaan antara orang Cina di dalam Pakatan Harapan dan orang Cina di dalam Barisan Nasional (BN).

Antara yang disebutkan di dalam grafik berkenaan ialah Cina dalam pakatan tidak menggalakkan orang Cina bekerja sebagai tentera dan polis tetapi berbeza dengan BN yang menggalakkan orang Cina masuk dan berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu.

Dari segi patriotik juga, Cina di dalam pakatan dikatakan hampir 85 peratus yang menyokong DAP tidak tahu menyanyi lagu Negaraku dan Perlembagaan Negara atau lebih tepat lagi Rukun Negara.

Berkenaan soal ekonomi, Orang Cina dalam pembangkang tidak menggalakkan orang Cina berkongsi pengalaman mereka tetapi bagi mereka yang di dalam BN, mereka kerap menggalakkan kerjasama dan usahasama antara Melayu dan Cina termasuk India.

Ada beberapa lagi dakwaan dan kata-kata yang menurut grafik itu menggambarkan perbezaaan kaum Cina dalam pakatan dan dalam BN.

“Saya mohon pihak media soal DAP, adakah benar dakwaan ini?” kata Ramesh.

Jika diperhatikan pun memang orang Cina dari dalam DAP yang gemar mengungkit banyak perkara berkaitan perkauman di negara ini untuk mencetuskan perbalahan khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Lihatlah sahaja contoh, pemimpin DAP, antaranya Nga Kor Ming yang kerap mengutuk dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk memfitnah beliau serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pula kerap membuat kecoh dalam isu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) biarpun siasatan masih belum selesai.