Seorang pengguna wanita di Facebook hari ini di laman sosial marah dengan sebuah pasaraya yang dikatakan menjual kuih pau yang di dalamnya ada kandungan daging babi.

Persoalannya di atas bungkusan yang ditunjukkan wanita itu di dalam Facebook terpampang pelekat halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Adakah JAKIM tersilap sampai begitu sekali terlepas pandang inti pau yang berisi babi?

Nanti dulu, dari status yang mengatakan pau itu berinti daging babi, wanita itu hanya mendapat maklumat daripada rakan-rakannya berbangsa Cina dan juga pekerja pasaraya yang berbangsa Cina tetapi bukan dari JAKIM sendiri. Jika diperhatikan betul-betul ada nama yang memberitahu bahawa pau itu adalah Vegetarian (sayur-sayuran).

Apa yang menjadi satu perkara menarik ialah? adakah benar pelekat yang ditampal di atas nama sebenar pau berkenaan untuk menyembunyikan nama sebenarnya. Pada asalnya pelekat yang kelihatan ialah pelekat yang mengatakan itu pau daging barbekue tetapi di sebelahnya ada kata Vegetarian mana satu ni?

“Ambil gambar tanya kat kawan Cina, dia cakap itu pau inti pork (babi).. Bak Hang!! Lepas tu bawa balik pegi pasaraya tu dan tanya dekat khidmat pelanggan, diaorang terkejut sampai pengurus besar dia terpaksa turun.

“Staf-staf Cina sahkan itu pau inti pork… Macam mana pengurusan diaorang boleh tak teliti kandungan sebenar pau tu.

“Nasib baik aku ini jenis cerewet dan perhati betul-betul kalau nak masak dan makan sesuatu,” katanya dalam laman Facebook berkenaan.

Ada tiga isunya di sini, pertama pelekat nama lain yang dikatakan dilekatkan ke atas nama asal yang berbahasa Cina.

PauPork_1

Kedua, ada logo halal JAKIM tetapi menurut kata pekerja pasaraya dan kawan wanita itu pau itu berinti babi.

Ketiga, pau itu dikatakan pau sayur-sayuran daripada label “Vegetarian” yang bermaksud tiada inti berunsurkan haiwan selain sayur-sayuran di dalam pau itu.

Sebelum isu ini menjadi viral, ada eloknya JAKIM melakukan siasatan ke atas perkara ini berdasarkan tiga perkara yang menjadi persoalan yang memang terdapat percanggahan.

Apa masalah yang sebenarnya berlaku berkenaan pau ini?