Rafizi dari PKR, Tony Pua dan Liew Chin Tong dari DAP telah menyelar 1MDB kerana menjual 24% daripada projek Bandar Malaysia kepada syarikat China yang mana 76% masih dimiliki Malaysia di mana 57% daripadanya masih dimiliki Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor.

Tetapi, ketiga-tiga mereka hanya mendiamkan diri mengenai dua perjanjian yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beberapa bulan yang lalu.

Pada Mei 2015, Pulau Pinang menjual 100% iaitu 20 ekar tanah negeri yang bernilai RM30 juta kepada Jabil Circuit Singapore Pte Ltd – sebuah syarikat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Dan pada Julai 2015, Pulau Pinang memberi pemilikan 49% daripada 6.8 ekar projek tanah negeri Pulau Pinang yang bernilai RM11.3 bilion kepada Temasek Holding dan EDIS yang dimiliki 100% kerajaan Singapura.

Kedua-dua projek yang mana 100% dan 49% itu kini dimiliki oleh syarikat Singapura, tidak dipanggil “jual negara” tetapi dianggap pelaburan asing?

Dan entah bagaimana, 24% daripada Bandar Malaysia yang dijual kepada syarikat China dianggap sebagai “jual negara” dan bukannya pelaburan asing?

Saya tak paham. Penang kecil tapi mereka jual banyak. Nanti bila dapat kerajaan pusat, lagi banyak yang bakal terjual.

Lagipun, penjualan Bandar Malaysia telah dimeterai melalui tender terbuka antarabangsa yang diuruskan oleh pihak ketiga.

Adakah, penjualan kedua-dua tanah di Pulau Pinang juga melalui tender terbuka? Nampaknya tidak kelihatan seperti itu.

Lim Sian See

http://www.edis.sg/news-article-5.html

http://www.thesundaily.my/news/1506276
http://www.thesundaily.my/news/1418320

Terjemahan oleh: JASA