“Sesiapa yang masih tetap hidup daripada kalian selepas aku meninggal dunia, maka sesungguhnya dia akan melihat PERSELISIHAN yang KERAS. Oleh sebab itu, WAJIB keatas kalian untuk berPEGANG TEGUH dengan SUNNAHku dan Sunnah para khulafa ar rasyidin, GIGITlah Sunnah para khalifah dengan gigi gerahammu” (HR An Nasaie dan Tarmizi)

Peringatan Nabi

15 abad yang lalu, baginda nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa fitnah akan menyelimuti dunia termasuk Malaysia dan akan mengancam kita semua. Fitnah ini merupakan satu musuh yang amat nyata dan WAJIB kita perlakukan sebagai MUSUH UTAMA. Fitnah hendaklah dihadapi dengan penuh waspada, dengan tidak berkrompomi dan menggunakan “SENJATA” yang mencukupi. Bukan sebaliknya dihadapi dengan sambal lewa, dibiarkan dan tidak menyediakan “SENJATA” mencukupi.

Kita tidak boleh sesekali menolak dan menafikan bahawa kebelakangan ini dan masa hadapan, aneka serangan “Alghazwu Al-Fikri” (Perang Pemikiran atau The Battl Of Heart and Minds) secara sistematik telah berlaku setiap hari dan merosakkan KEYAKINAN kita sebagai rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib (PM DSN), pemimpin UMNO yang lain dan parti UMNO yang secara lansung dirancang oleh pihak pembangkang dan kalangan anti Presiden UMNO yang diketuai oleh mantan pemimpin kita dalam UMNO.  Kita semua juga sedar betapa setiap hari kita kian terasa bahawa kita hidup dalam zaman yang penuh FITNAH.

Para  pemimpin pembangkang dan mantan pemimpin UMNO waktu ini secara SISTEMATIK dan penuh KESUNGGUHAN berusaha keras mencipta  fitnah  keatas PM DSN dan pemimpin UMNO yang berjuang diatas KEBENARAN berlandaskan ASWJ dan mereka  menyebar fitnah serta  melakukan provokasi untuk mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia terutama ahli UMNO supaya terhasut dan yakin dengan fitnah yang dibuat oleh mereka.

Fitnah Politik

“Buthan” kalimah bahasa arab yang turut memberi maksud FITNAH. Perbuatan menghebahkan berita yang tidak benar mengenai sesuatu. Kesan fitnah seringkali membawa kepada akibat PERPECAHAN dalam kesatuan umat ISLAM, jamaah dan rakyat akan berpecah belah, kucar kacir, menimbulkan permusuhan dan pertelingkahan.

ALLAH telah memperingatkan kita semua terutama kepada PENCIPTA dan PENYEBAR fitnah yang terdiri dari kalangan pembangkang atau dalam UMNO pada surah An Nur ayat 15, “ (Ingatlah) diwaktu kamu  menerima berita BOHONG dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulut kamu apa yang kamu tidak ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya ringan saja. Padahal dia (Mangsa tuduhan fitnah) pada sisi ALLAH adalah benar”

Perlunya kita semua ahli UMNO berhati hati dengan fitnah. Walaupun perbuatan suka memfitnah adalah perbuatan semula jadi kita, namun ISLAM agama yang kita anuti yang diutuskan melalui nabi Muhammad SAW berusaha mendidik kita agar jangan terpengaruh  dengan fitnah dan telah menyediakan garis panduan bagi MENGEKANG fitnah melalui kisah fitnah yang berlaku terhadap Saiyadatina Aisyah r.ahu.

Dalam sejarah politik tanah air kita mutakhir ini, FITNAH telah mnjadi senjata ampuh oleh pembangkang dan mantan pemimpin UMNO dalam usaha menjatuhkan kepimpinan PM DSN dari jawatan Presiden UMNO dan PM Malaysia.

Contoh Fitnah Politik

Setelah Siti Aisyah R.anhu difitnah melakukan zina dengan sahabat baginda nabi Muhammad SAW bernama Sofwan bin al-Mu’attal al-Sulami sekembali dari serangan terhadap bani al-Mustaliq, baginda nabi bersabar menerima dugaan tersebut termasuklah Siti Aisyah, Saidina Abu Bakar dan ibu Siti Aisyah iaitu Ummu Ruman. Kesabaran baginda akhirnya dibantu oleh ALLAH dengan baginda peroleh KEMENANGAN KEBENARAN melalui  penurunan wahyu selepas sebulan fitnah disebarkan bagi menunjukkan bahawa tuduhan terhadap Siti Aisyah dan sahabat baginda nabi bernama Sofwan adalah fitnah.

Hikmah ALLAH memperlambatkan penurunan wahyu adalah bagi memperlihatkan kepada baginda nabi Muhammad SAW siapakah musuh dalam selimut di kalangan umat ISLAM ketika itu. Seterusnya bagi memberi didikan dan membina persepsi positif dikalangan umat ISLAM setelah kesan fitnah merosakkan kehidupan umat ISLAM waktu itu, baginda telah menghukum mereka yang terbabit dengan fitnah.

Khalifah ISLAM ke-3 iaitu Saidina Usman Bin Affan dan ahli keluarga beliau turut difitnah dan disebarkan. Disebabkan khalifah tidak mahu mengambil tindakan terhadap golongan yang mencipta dan menyebar fitnah terhadap beliau, maka sebilangan rakyat yang terpengaruh dengan fitnah telah memulakan langkah mengatur DEMONTRASI bagi meminta Saidina Usman Bin Affan meletak jawatan dari jawatan kalifah.

Akhirnya diatas kesilapan STRATEGI khalifah Usman Bin Affan dalam berhadapan dengan gelombang fitnah telah menyebabkan wujudnya sebilangan rakyat yang bertindak dengan amat ekstrem lalu menjatuhkan saidina Usman Bin Affan dari jawatan khalifah dengan cara membunuh beliau.

Dari kisah saidina Usman Bin Affan ini kita semua perlu ambil iktibar bagaimana perancangan menjatuhkan pemimpin ISLAM bermula dengan FITNAH yang disebarkan, provokasi yang dibuat telah berupaya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin ISLAM dengan cara menyebarkan maklumat salah dan fitnah terhadap saidina Usman Bin Affan.

Setelah fitnah ini berjaya membangkitkan kemarahan orang ramai disertai kesilapan strategi kalifah dalam berhadapan dan menghukum kumpulan yang terbabit dalam fitnah, maka saidina Usman telah dijatuhkan dengan cara dibunuh oleh sekumpulan rakyat yang tidak lagi dapat menilai kebenaran kerana telah terpengaruh dengan fitnah.

Khalifah ISLAM terakhir dari Bani Uthmaniah iaitu Sultan Abdull Hamid II juga telah dijatuhkan melalui fitnah. Ketika itu terdapat 9 akhbar yang berbeza akan tetapi mempunya hubungan yang amat meragukan dengan pihak EROPAH(BARAT) telah bertindak untuk menghasut rakyat agar terpengaruh dengan PROPAGANDA menjatuhkan Sultan Abdul Hamid. Berita berita palsu telah ditulis dan disebarkan bukan sekadar bertujuan untuk mempengaruhi PERSEPSI rakyat dalam daulah ISLAM malah ianya juga bertujuan untuk mempengaruhi pandangan pihak luar terhadap kepimpinan Sultan Abdul Hamid.

Selain menggunakan penulisan melalui akhbar, kumpulan dalaman juga telah dibentuk untuk menjadi duri dalam daging dalam usaha menjatuhkan Sultan. Kumpulan ini dinamakan AL-Ittihad Wa-Taraqi. Tujuan utama ahli kumpulan ini ialah MENCIPTA FITNAH dan malakukan PROVOKASI dalam usaha mempengaruhi rakyat agar mereka hilang keyakinan terhadap kepimpinan Sultan Abdul Hamid II dan rakyat bangkit melakukan DEMONTRASI bagi menjatuhkan PEMIMPIN yang sah.

Jika kita semua ahli UMNO lihat bagaimana kewujudan penggerak ideology “QO’DIYAH” yang melakukan pemberontakan terhadap saidina Usman Bin Affan melalui PROVOKASI bagi tujuan menjatuhkan PEMIMPIN, kemudian peranan PENULIS akhbar yang menulis berita palsu dan fitnah serta penglibatan pihak dalaman yang menjadi DURI DALAM DAGING kepada kepimpinan pemimpin ISLAM. Pasti kita dapat menyakini KAEDAH sama waktu ini  telah digunakan untuk menjatuhkan PM DSN sebagai pemimpin kita.

Penulis BLOG baik dari kalangan pembangkang dan mantan pemimpin UMNO serta akhbar dalam dan luar negara telah menggunakan PENULISAN sebagai PROPAGANDA HITAM dalam menggambarkan DSN sebagai watak JAHAT, penuh skandal, dan melakukan pelbagai kesalahan lain. Kesemua ini hanya bertujuan untuk melemahkan kerajaan kita.

Adalah salah jika kita beranggapan bahawa jika DSN berjaya dijatuhkan melalui fitnah, peganti beliau yang seterusnya tidak akan difitnah. KETAHUILAH jika DSN berjaya dijatuhkan melalui FITNAH. Sesiapa sahaja peganti beliau yang seterusnya akan mudah dijatuhkan dengan modus operasi yang sama dan tidak mustahil akhirnya kerajaan UMNO yang menguasai kerajaan akan kalah dalam pilihanraya seterusnya apabila fitnah yang disebarkan telah mewujudkan “VAKUM” antara rakyat dan parti dan akhirnya rakyat akan membulatkan hati untuk memilih pembangkang sebagai pemenang dalam pilihanraya kerana sudah terpahat dalam pemikiran rakyat sesiapa pun PRESIDEN UMNO, masalah dari segi kepimpinan tetap wujud tanpa penghujung.

Akhir kalam, ISLAM sebagai agama kita telah mengajar bagaimana hendak mengalahkan FITNAH melalui kisah Siti Aisyah. Kesabaran dalam berhadapan tuduhan yang kemudian dibuktikan  berita itu fitnah hendaklah disusuli oleh tindakan hukuman yang bersesuaian dalam negara kita. Hukuman yang dijatuhkan keatas pencipta dan penyebar fitnah adalah bertujuan mendidik bukan sekadar terhadap pesalah, akan tetapi ianya berupaya membina dan membentuk PERSEPSI POSITIF dalam setiap sanubari rakyat bahawa pemimpin mereka berada dalam kebenaran.

Dalam era moden sekarang ini dan cabaran fitnah yang sentiasa berlaku, amat lah wajar bagi setiap pemimpin UMNO pelbagai peringkat menjadikan kaedah menghadapi fitnah dari kisah Siti Aisyah sebagai satu pegangan kuat untuk bertindak agar pemimpin kita disegenap peringkat tidak mengalami nasib yang sama seperti takdir Saidina Usman Bin Affan dan Sultan Abdul Hamid II.

Wahai saudara saudari seagama dan sebangsa, marilah kita berdiri teguh bersatu melawan fitnah dan mengembalikan keyakinan rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional yg di tunjangi pleh UMNO adalah Kerajaan yang amat bertanggungjawab memerdekakan negara dan memacu negara dengan kesejahteraan, keamanan dan kesederhaan. Hanya Kerajaan Barisan Nasional yang mewakili semua kaum dan etnik Bumiputera yang mampu membina negara bangsa yg mulia dan berjaya dulu kini dan in shaa Allah selamanya. Pemimpin datang dan pergi tetapi dasar dan tradisi pemerintahan Kerajaan Barisan  Nasional terbukti keunggulan dan kredibilitinya. Ayuh kita perangi FITNAH habis-habisan demi masa depan Malaysia yang gemilang dan terbilang. Wallahualam.

Ikhlas daripada;
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

4 Januari 2016; 03:03hr