Assalamualikumwarahmatullah wbk

“MENANGANI KOS SARA HIDUP; Tanggungjawab bersama”.

SELAMAT TAHUN BARU 2016
■■■■■

1. Alhamdulillah, kita telah masuk tahun baru 2016. Kita semua sebagai rakyat Malaysia wajar bersyukur kerana kehidupan kita semua di awal tahun 2016 ini, tidak sama seperti kehidupan saudara seISLAM kita di Syria yang hidup dalam peperangan, kesusahan,kemiskinan dan kepayahan.

2. Pada tahun 2015 sebelum ini, negara kita menghadapi berbagai dugaan seperti kenaikkan kos sara hidup yang tidak munasabah akibat dari sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan pelbagai fitnah yang bermaharajalela.

3. Ramai antara kita menyalahkan kerajaan diatas kenaikkan kos sara hidup, malah saranan menteri dalam membantu kita bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup disambut dengan penuh hinaan, kejian dan kutukan.

4. Situasi kenaikkan kos sara hidup pernah berlaku dizaman baginda nabi Muhammad SAW, khalifah ISLAM kedua dan ketiga iaitu khalifah Saidina Umar Al Khattab dan Saidina Uthman Al Affan.

5. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis dari Anas “ Harga (suatu masa) pada zaman RasulALLAH telah naik. Lalu mereka melaporkan “Wahai RasulALLAH, seandainya harga ini engkau tetapkan (supaya tidak naik). Baginda menjawab, “Sesungguhnya ALLAH Maha Mencipta, Yang Maha Menggenggam, Yang Maha Melapangkan, Yang Maha Memberi Rezeki lagi Maha Menentukan Harga. Aku ingin mengadap ke hadrat ALLAH, dengan tidak ada seorang pun yang menuntutku kerana kezaliman yang aku lakukan kepadanya dalam masalah harta dan darah.”

6. Hadis ini jelas menunjukkan “HARAM” penglibatan pemimpin dan kerajaan dalam menetapkan harga siling kerana dikhuatiri boleh menzalimi pihak yang terbabit dalam perniagaan. Akan tetapi diatas keperihatinan kerajaan pimpinan Dato Sri Mohd Najib (DSN) dalam membantu kita semua bagi mengurangkan kos sara hidup, kerajaan kita terpaksa melakukan penetapan harga siling berdasarkan kaedah dari Kitab Mulakhas Madhumah Fiqhiyyah. “Jika ada dua mudharat (bahaya) saling berhadapan maka diambil yang paling ringan. Kaedah ini berdasarkan firman ALLAH pada ayat 173, surah Al Bakharoh.

7. Sinar Harian telah melaporkan pada 14 July 2013, mantan Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malek telah menasihatkan kita semua supaya mengelakkan makan ayam jika harga naik. Saranan ini dikecam hebat oleh kita semua sehingga ramai yang menghina beliau. Malah ada diantara kita mengaitkan kenyataan “Bodoh” dari Datuk Hasan dengan PM DSN. Kerana perlantikan Datuk Hasan sebagai menteri adalah dari persetujuan DSN. Jika kita semua menyelusuri sejarah ISLAM berkenaan cara pemimpin mendidik rakyat ketika menghadapi kenaikkan harga barang. Kita pasti tidak akan mengikut hawa nafsu menghina Datuk Hasan Malek dan membabitkan PM DSN.

8. Dalam kitab “Faslu AL Khitab Fi Shirati Amiril Mukminin Umar Ibni Al Khattab: Syakhshiyyahtuhu Wa Ashruhu. Karangan Dr Ali Muhammad As Shalabi. Muka surat 232 – 239. Ketika golongan wanita datang mengadu kepada khalifah Umar berkenaan kenaikkan harga DAGING. Khalifah menyuruh mereka “MENANGGUHKAN” pembelian daging sehingga harga daging turun. Jika dilihat dari kisah Saidina Umar menasihati rakyat menangguhkan pembelian daging dan saranan Datuk Hasan Malek agar jangan membeli ayam jika harga naik. Adakah wujud perbezaan tujuan dalam menghadapi kos kenaikkan sara hidup diantara kedua dua nya. Akan tetapi disebabkan kelemahan kita semua dalam memahami dan mempelajari kaedah ISLAM dalam mengahadapi kenaikkan harga barang. Kita semua begitu tergamak menghina Datuk Hasan Malek walaupun perbuatan beliau mengikut contoh amalan Saidina Umar Al Khattab, seorang khalifah dan sahabat baginda nabi yang dijamin masuk syurga.

9. Perlaksanaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 oleh kerajaan dalam mengawal selia suasana pasaran dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang dialami oleh kita wajar dipuji. Perlaksanaan akta ini dibawah kepimpinan PM DSN telah mengikut saranan Ibnu Taimiyah dalam kitab beliau “Majmuk AL Fatawa Shaikh Al-Islam” berkenaan tindakan kerajaan terhadap kenaikkan harga barang berpunca daripada salah laku manusia dan bukannya kenaikkan harga barang akibat alam semulajadi.

10. Dari maklumat semua ini, jelas menunjukkan kita semua sebagai rakyat WAJIB memahami peranan dan hak kita sebagai pembeli dan pengguna apabila berhadapan dengan kos sara hidup. Apabila kita mengetahui berlaku kenaikkan harga barang secara tidak munasabah oleh peniaga, kita wajar melaporkan kepada pihak berkuasa agar mereka dapat bertindak. Tindakan kita semua yang tidak bertanggungjawab sebelum ini dengan tidak melaporkan salah laku mereka  sama seperti kita bersubahat dengan peniaga. Sudah tentu apabila kita semua sebagai rakyat membantu pihak kerajaan dan melaporkan salah laku meraka dan pihak kerajaan pula mengambil tindakan keatas peniaga, sudah pasti hubungan dua hala ini akan memberi banyak manfaat kepada kita semua kelak.

11. Saya yakin sudah sampai masanya mimbar mimbar masjid, rangkaian televisyen digunakan untuk mendidik kita semua kaedah menghadapi kenaikkan kos sara hidup dengan mengambil iktibar dari sejarah ISLAM.

12. Disamping kerajaan pimpinan PM DSN berusaha membantu kita semua dalam mengurangkan kos sara hidup dengan melaksanakan akta melindungi kita semua sebagai pengguna disamping menetapkan harga siling. Kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh 6 Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian bagi mendapatkan maklum balas dari NGO berkaitan dengan tujuan dapat bertindak dengan lebih PROAKTIF dalam menghadapi kenaikkan kos sara hidup. Inilah ikhtiar kerajaan bagi membantu kita semua sebagai rakyat. Jadi dimana tanggungjawab kita sebagai rakyat dalam berhadapan kenaikkan barang? Adakah kita membantu dengan melaporkan kepada kerajaan?

13. Selain dari dugaan kos kenaikkan sara hidup, negara kita juga menghadapi gelombang fitnah yang berleluasa yang dicipta dan disebar oleh kalangan anti PM DSN termasuk dari parti pembangkang dan juga ahli parti kita sendiri. Fitnah yang disebarkan ini telah memberi banyak kesan buruk kepada kita semua kerana bukan sedikit perkelahian antara kita berlaku, malah ada antara kita tlah terputus silaturrahim kerana terpengaruh dengan fitnah. Malah ramai yang terpengaruh begitu membenci DSN sebagai pemimpin kita termasuk membenci parti kita. Ambillah iktibar dari kisah fitnah yang berlaku keatas Saiyidatina Aisyah dan bagaimana tindakan yang wajar diambil keatas pencipta dan penyebar fitnah. ISLAM telah memberi contoh terbaik dengan mengambil tindakan tegas dan bukan hanya “MEMAAFKAN” keatas pelaku dan penyebar fitnah. Tindakan ini amat jelas dan wajar kita amalkan kerana disitu pasti akan hadir pertolongan ALLAH bila kita niat mengamalkan Sunnah baginda nabi Muhammad SAW dalam kehidupan. Kepada PM DSN, insyaALLAH KESABARAN dalam mengahadpi dugaan FITNAH akan menghadir pertolongan ALLAH dalam mencapai KEMENANGAN.

14.  Akhir kata saya mendoakan agar tahun 2016 ini menjanjikan kerahmatan kepada kita semua. Sudah sampai masanya kita semua berubah kearah kebaikkan jika tahun lepas kita hidup dalam KEGELAPAN akibat terpengaruh dengan FITNAH. Dan kita perlu bersama sama membantu kerajaan dengan menghukum peniaga yang tidak bertanggungjawab mennaikkan harga barang dengan tidak munasabah.

Selamat Tahun Baru 2016

Wabillahhi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum WarahmatuLLAHi Wabarokatuh.

Ikhlas daripada,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

Dubai International Airport; Jumaat 1 Januari 2016; 20:42hr