Orang ramai yang mahu memohon atau mengemas kini permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 boleh berbuat demikian dari sekarang hingga Khamis ini iaitu 31 Disember 2015.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mereka yang berminat boleh berbuat demikian menerusi laman web https://ebr1m.hasil.gov.my atau mengisi borang di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.