Dek kerana seorang pengundi itu hanya datang ke pusat mengundi dan memangkah calon yang mereka suka, sesuka hati kadangkala ada sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada corak politik dalam sesebuah negara itu selepas pilihan raya selesai.

Ada antaranya ialah keputusan pilihan raya yang bercampur-campur dek kerana sesebuah parti gagal mencapai majoriti di dalam Parlimen. Ada juga yang bertukar-tukar antara parti kerajaan dan pembangkang. Bagaimanapun, adakah seorang pengundi boleh hanya sekadar hadir dan pangkah sahaja.

Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata sebagai pengundi sepatutnya mereka perlu tahu selok-belok dan sejarah sesebuah negara serta mempunyai tanggungjawab memilih secara berhemah demi negara dan bukannya ikut selera hati memangkah.

“Semua pengundi mesti tahu nyanyi lagu Negaraku dan Rukun Negara… wajib, kalau tak tahu lagu Negaraku dan Rukun Negara tak boleh undi,” katanya.

TRP-Ramesh-Rao-Dalia-M-600x3601-600x360

Penasihat PMSP Ramesh Rao.

Menurut beliau, sebahagian besar dari orang Cina yang berdaftar sebagai pengundi dijangkakan akan ditolak dari pengundi kerana gagal menghafal perkara-perkara itu.

“80 peratus dari Cina pasti tak boleh mengundi,” katanya kepada pru14.tv ketika ditemui di pejabat PMSP.

Beliau yang sebelum ini merupakan penyokong kuat DAP berkata kemestian itu bukan menafikan hak seseorang sebagai pengundi tetapi ia adalah satu pengajaran sebagai rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kamu kena tahu… hayati Negaraku, hayati Rukun Negara baru boleh mengundi… membuktikan kamu seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,” katanya.

Perkara itu sebelum ini pernah dibuktikan apabila begitu ramai rakyat negara ini yang gagal menyanyikan lagu berkenaan dan Rukun Negara yang dilafazkan semasa di sekolah dulu hampir setiap hari.

Bagaimanapun, apabila tiba pilihan raya mereka ini yang hadir ke pusat mengundi dan memangkah calon mereka sesuka hati biarpun hanya atas alasan tidak menyukai kerajaan atas dasar persepsi dan memilih parti politik yang kerap mencetus huru-hara dalam negara.

Jadi, satu sistem perlu dikaji dan dilihat untuk memastikan pengetahuan sejarah serta tanggungjawab seorang pengundi itu sebagai rakyat Malaysia sentiasa ada dan bukan hanya mahu memilih calon pilihan hati secara membabi buta atau sengaja membuat kertas undi rosak.