Dato Hj Zein Ism: “Mencela, Mengeji Dan Memusuhi Pemerintah Adalah Amalan Diluar Ahlus Sunnah Wal Jamaah”

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemerintah serta memerangi (atau membangkang kedudukan kepimpinan) mereka, maka hukumnya adalah haram berdasarkan kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Imam an-Nawawi rahimahullah, Syarah Shahih Muslim, 12/229

“Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah ALLAH, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara perkara mungkar”. Ulasan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) terhadap ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Razak (DSN) yang menyebut umat ISLAM supaya taat dan patuh kepada pemimpin.

Wahai ahli UMNO yang dikasihi,

Kita dapat lihat 2 kenyataan yang amat berbeza dari 2 pemimpin. Satu kenyataan di buat bersandarkan kepada ketakwaan dan keimanan manakala satu lagi kenyataan yang dipenuhi nafsu politik keduniaan. Imam an–Nawawi menjelaskan situasi yang paling terburuk sekalipun iaitu jika pemimpin kita beperwatakan suka membunuh, peminum arategar, pelaku zina, menyalah gunakan harta kerajaan akan tetapi masih tetap menunaikan solat (seperti Al Hajjaj), dan apabila pemimpin kita mengeluarkan perintah, kita sebagai rakyat WAJIB menuruti perintah yang diperintahkan selagi mana arahan tersebut tidak melanggar perintah agama dan larangan ALLAH. Hikmah suruhan ini adalah kerana agama kita amat mementingkan perpaduan. Berkenaan pemimpin, kita serahkan kepadaNYA. Kerana hanya ALLAH sahaja la yang berkuasa memberi dan menarik kuasa pemerintah dari kita semua.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TSMY amat bertentangan dengan perintah agama yang disampaikan oleh ulama seperti Imam an-Nawawi, walaupun TSMY seorang Timbalan Presiden UMNO. Beliau tetap termasuk dalam kategori rakyat kepada kepimpinan DSN. Tindakan beliau mengeluarkan kenyataan sinis dalam mengulas arahan DSN secara tidak langsung menunjukkan perbuatannya mengusik kehormatan dan kredibiliti DSN dengan cara mencela, menyebarkan fitnah yang memberi aib dan mengkritik DSN secara terbuka adalah satu bentuk kesalahan yang amat besar disisi ISLAM. Bahkan tindakan TSMY ini juga telah menerbitkan salah faham dan menyemarakkan bibit bibit pemberontakan dan bangkangan dari saudara kita dalam jamaah parti kita setelah ada antara kita terpengaruh, diracun dan terpedaya dengan propaganda peribadi beliau. Perbuatan TSMY ini juga telah merosakkan agama, mengugat kesatuan jamaah kita dan membuka peluang musuh untuk menghancurkan parti kita.

TSMY telah menzahirkan tindakannya mengecam dan memburuk burukkan DSN sebagai pemimpin kita adalah satu bentuk bidaah yang sengaja diada adakan dalam perlaksanaan amar makruf nahi mungkar

“Kita Semua Telah Terpedaya!”

Malangnya kita semua wahai ahli UMNO kerana kita telah merosakkan diri kita dengan mempercayai dakyah TSMY terhadap PM DSN. Tuduhan yang dilemparkan oleh TSMY keatas DSN tidak pernah terbukti benar dan apa yang TSMY mampu lakukan hanyalah menyebar persepsi songsang bagi menarik sentimen kita semua untuk menunjukkan kebencian dan bersama sama menjatuhkan DSN dari jawatan Presiden UMNO….#

Salam perjuangan,
Dato’ Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang